Sambut Tahun Baharu Cina dengan wayang kulit
Iklan
Anak lelaki Boon Ann, Kang Xiau Ren, 21, meniup serunai dengan diiringi pemuzik lain mengalunkan irama wayang kulit.
KOTA BHARU - Berbangsa Cina tetapi menyambut Tahun Baharu Cina dengan persembahan alunan muzik wayang kulit dan mak yong.
Tiada persembahan tarian singa seperti lazimnya tetapi ia tetap meriah malah sangat unik menggambarkan keharmonian kaum.
Iklan
Iklan
Bagi komuniti minoriti di sini, ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana mereka mengenali keluarga Kang Boon Ann, 51, di Kok Lanas di sini, sebagai tok dalang wayang kulit.
Boon Ann berkata, sambutan itu bagi mengumpul penggiat seni yang merupakan rakannya dari seluruh daerah negeri ini.
Iklan
"Kami berkumpul sempena sambutan Tahun Baharu Cina bagi meraikan kemeriahan bersama. Lagi pun kali terakhir kami bertemu beramai-ramai adalah tiga tahun lepas dan kali ini kebetulan ramai yang pulang bercuti.
"Hari biasa kami sukar bertemu kerana sibuk dengan tugas masing-masing, jadi musim cuti begini saja lah dapat berkumpul,” katanya.
Iklan
Menurutnya, lebih 10 lagu daripada persembahan wayang kulit dan mak yong didendangkan untuk menghiburkan tetamu dipersembahkan kumpulannya yang diberi nama Cindayu mewakili kaum Cina, India dan Melayu.
"Kami antara yang mempelopori seni ini, meskipun berbangsa Cina tapi kami boleh mempersembahkan wayang kulit dan mak yong,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang"><meta itemprop="description" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ancaman #harimau #penorehgetah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-23T07:53:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqmxuu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqmxuu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqmxuu"></script>