Bersatu mahu pertahan Dun Semenyih
Iklan
BATU KAWAN - Bersatu akan tetap mempertahankan kerusi Dun Semenyih pada PRK tidak lama lagi dan tidak akan memberi laluan kepada mana-mana parti komponen Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Agungnya, Senator Datuk Marzuki Yahya berkata, perkara itu telah pun diputuskan oleh Majlis Presiden PH sebelum ini yang memperuntukkan kerusi berkenaan akan ditandingi calon daripada Bersatu.
"Siapa calon yang akan diletakkan di Dun Semenyih akan diumumkan dua hari sebelum penamaan calon.