Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat
Iklan
Pasukan APM melakukan pemantuan situasi banjir di Hulu Terengganu. - Foto APM
KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 1,692 orang melibatkan 424 keluarga pada jam 8 pagi ini berbanding 1,135 orang semalam.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, kesemua mangsa kini ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di lima daerah.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Kemaman merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 1,310 orang diikuti Dungun (344 orang), Kuala Terengganu (17 orang), Marang (14 orang) dan tujuh mangsa di Kuala Nerus.
"Penduduk yang dipindahkan agak ramai di Kemaman, kebarangkalian air di bahagian hulu Kemaman sudah turun ke hilir dan terus ke laut. Jadi kemungkinan sebahagian penduduk di sana yang terjejas banjir boleh balik hari ini jika cuaca baik dan tiada hujan,” katanya hari ini.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Paras air naik mendadak dalam satu jam
Che Adam berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan notis penamatan amaran cuaca waspada peringkat kuning hari ini di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang dan cuaca di kawasan tersebut dijangka bertambah baik.
Iklan
"Pagi ini kita lihat cuaca di beberapa kawasan di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus cerah, begitu juga sebahagian daerah lain.
"Bagaimanapun pasukan kita di setiap daerah terus bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan kerana dalam musim Monsun Timur Laut ini kita dijangka hadapi empat hingga enam episod hujan lebat.
"Sekarang kita baru terima dua hingga tiga episod hujan lebat, jadi pasukan kita sentiasa bersedia,” katanya.
Sementara itu, empat sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit, Sungai Nerus di Kampung Langkap, Sungai Dungun di Kuala Jengai dan Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih.
Menurut laporan aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada pagi ini, empat sungai juga merekodkan bacaan melepasi paras waspada.
Sungai tersebut adalah Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Sungai Tebak di Jambatan Tebak dan Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>