Empat hari kutip RM1.9 juta saman trafik
Iklan
Tawaran diskaun 50 peratus bayaran saman oleh polis Kelantan masih dibuka hingga 30 November ini.
KOTA BHARU - Polis Kelantan memperoleh hasil kutipan bayaran saman berjumlah RM1.9 juta sepanjang tempoh empat hari tawaran diskaun 50 peratus diadakan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, jumlah itu membabitkan bayaran saman daripada pesalah trafik dalam pelbagai kategori kesalahan jalan raya.
Iklan
Iklan
Katanya, bayaran saman diterima pihak kontinjen daripada seluruh Ibu Pejabat Daerah (IPD) bermula 16 hingga 18 November lalu.
"Bayaran saman boleh dibuat bermula jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang pada setiap hari bekerja.
Iklan
"Pada hari pertama 16 November lalu sejumlah RM575,770 dikumpul, hari kedua (RM553,780), hari ketiga (RM413,920) dan hari keempat sebanyak RM430,830,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, tawaran diskaun 50 peratus masih dibuka sehingga 30 November ini.
Iklan
"Pesalah trafik yang masih ada saman tertunggak, bolehlah mengambil peluang untuk menjelaskannya dalam tempoh seminggu lagi,” katanya.
Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti menjaga penjarakan fizikal dan memakai penutup muka ketika berurusan di kaunter.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000"><meta itemprop="description" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000
Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Arkib #Akhbar #Sejarah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-30T10:09:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2d7na"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2d7na"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2d7na"></script>