Warga emas hilang di hutan ditemui lemah

Iklan
Mangsa ditemukan dalam keadaan lemah oleh pasukan bomba di kawasan kebun getah di Rendang Panjang, Selama hari ini. - Foto: Ihsan PDRM

SELAMA - Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam hutan di Kampung Kelian Gunung, Ijok, Rendang Panjang di sini ditemukan dalam keadaan lemah hari ini.

Dahalan Mohamed Zin, 75, yang mempunyai lemah daya ingatan ditemukan pasukan bomba di kawasan kebun getah kira-kira satu kilometer dari rumahnya pada jam 3.30 petang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Mohd Sabri Saad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sebaik menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 10.50 pagi.

"Berdasarkan laporan, mangsa disedari hilang pada jam 7 pagi setelah bangun dari tidur. Mangsa berpakaian seluar pendek dan berselimut warna kuning serta bertongkat.

Iklan

"Mangsa mempunyai daya ingatan yang tidak stabil akibat kemalangan 12 tahun lepas. Gerakan awal mencari yang dilakukan keluarga dan penduduk kampung gagal menemui sebelum laporan polis dibuat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pasukan mencari dilakukan melibatkan 39 anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung.

Iklan

"Mangsa yang dijumpai oleh pasukan penyelamat di kebun getah tersebut dihantar ke Hospital Selama di sini untuk pemeriksaan,” katanya.