Perak dalam proses pinda UUK pelesenan anjing

Iklan
Sandrea dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Khamis.

IPOH - Perak dalam proses meminda Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Anjing dan Premis Pemeliharaan Anjing dalam usaha menangani populasi haiwan itu di negeri ini.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Datuk Sandrea Ng berkata, langkah itu bagi memperkukuh aspek kawal selia, tanggungjawab pemilik serta penguatkuasaan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

Iklan
Iklan

"Antara aspek diberi perhatian termasuklah syarat dan prosedur permohonan lesen serta bilangan anjing yang dibenarkan mengikut kesesuaian premis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Chai Yi (PH-Simpang Pulai) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini pada Khamis.

Iklan

Dalam usaha memperkemas pengurusan anjing terbiar, kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak turut melaksanakan projek rintis pengurusan dan kawalan anjing terbiar membabitkan lima PBT.

Katanya, lima PBT terlibat ialah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG).

Iklan

"Projek rintis ini memberi tumpuan kepada penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) bagi operasi tangkapan, pengurusan anjing serta tatacara pelupusan.

"Melalui penambahbaikan ini, kita mahu pengurusan dan penguatkuasaan di peringkat PBT dilaksanakan secara lebih sistematik, seragam dan berkesan dengan mengambil kira keselamatan awam, kesejahteraan masyarakat serta kebajikan haiwan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Sandrea memaklumkan, pelaksanaan Perak Pawsitive Initiative menunjukkan perkembangan baik apabila sebanyak 1,504 haiwan berjaya dimandulkan sehingga 31 Oktober 2026.

Ujarnya, daripada jumlah itu, sebanyak 847 ekor merupakan anjing manakala 657 ekor lagi kucing, melepasi sasaran tahunan sebanyak 1,000 ekor.