Pembuat roti mirip Ustaz Abdul Somad jadi tumpuan
Iklan
Firdaus tular di laman sosial kerana memiliki raut wajah hampir sama dengan penceramah agama terkemuka dari Indonesia iaitu Ustaz Abdul Somad.
KOTA BHARU - Seorang pembuat roti di Tenang Kopitiam berhampiran Masjid Paya Rambai, di sini menjadi perhatian orang ramai gara-gara wajahnya yang dikatakan memiliki raut wajah hampir serupa dengan penceramah agama terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad.
Firdaus Azimin, 22, menjadi tumpuan pelanggan di Tenang Kopitiam dan pemuda itu bersyukur dengan pandangan orang ramai itu yang mengatakan wajahnya mirip individu terkenal tersebut.
Iklan
Iklan
"Sejujurnya saya terkejut apabila ramai (pelanggan) yang mengatakan raut wajah saya saling tidak tumpah seperti Ustaz Abdu Somad (UAS)," katanya.
Menurut Firdaus, sememangnya dia cukup meminati penceramah itu dan sering mengikuti ceramah beliau menerusi laman sosial, Facebook atau Youtube.
Iklan
"Saya pernah berjumpa Ustaz Abdu Somad secara berdepan semasa beliau datang menyampaikan kuliah di Kota Bharu, sebelum ini. Tapi sayang, gambar kenangan bersama tokoh itu hilang disebabkan telefon bimbit saya rosak," katanya.
Semalam, gambar Firdaus tular susulan Pemilik Tenang Kopitiam, Ahmad Maher Shafian memuat naik gambar pemuda berkenaan di laman sosial Facebook.
Iklan
Menurut Ahmad Maher, dia terkejut melihat wajah Firdaus yang saling tidak tumpah seperti tokoh agama itu ketika kali pertama dia datang untuk memohon pekerjaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>