Darurat beri kesan besar kepada rakyat, negara: Khalid Samad

Iklan
Ciapan Khalid Samad menerusi akaun Twitternya mengenai pelaksanaan darurat awal pagi ini.

SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad menyifatkan pelaksanaan darurat di negara ini akan memberikan kesan besar kepada rakyat dan negara.

Khalid menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya @KhalidSamad menyatakan bahawa ketidakstabilan politik dewasa ini adalah kerana Perdana Menteri (PM) telah hilang majoriti dan ingin terus kekal memerintah.

Iklan
Iklan

"Golongan yang menyokongnya walaupun dia sudah hilang majoriti adalah golongan gila kuasa. Darurat demi ‘abah’ mendera rakyat, memusnahkan negara," katanya dalam ciapan berkenaan.

Ciapan tersebut turut mengundang reaksi balas beberapa pengguna Twitter lain yang merasakan ia menyentuh situasi politik yang melanda negara kini.

Iklan

"Tuan, andai nanti kalau tuan diberi peluang untuk pegang jawatan, guna sebaik mungkin. Jaga rakyat tuan elok-elok, jaga janji tuan elok-elok, jaga amanah tuan. Jangan sekarang orang lain pegang jawatan tuan kritik, tapi tuan dah pegang jawatan nanti tuan lupa apa itu tanggungjawab,” kata pemilik akaun @syahmirizan dalam ciapan balas itu.

Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menggesa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk cermin diri terlebih dahulu apabila melabelkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai tidak sah dan pengisytiharan darurat adalah penyalahgunaan kuasa.

Iklan

Zuraida berkata, Anwar lupa bahawa tindakannya baru-baru ini yang telah menyebabkan 'ketidakstabilan politik' dan mengganggu usaha kerajaan memerangi wabak koronavirus (Covid-19).

ARTIKEL BERKAITAN: Zuraida minta Anwar cermin diri

Dalam laporan semalam, Kabinet bersetuju pelaksanaan darurat bagi menangani penularan Covid-19 selepas perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Selepas itu, pada petang semalam, Muhyiddin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.

Bagaimanapun, rancangan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak terutama ahli politik pembangkang yang menegaskan bahawa undang-undang sedia ada cukup untuk menangani Covid-19.

Mereka juga mendakwa langkah Muhyiddin mengisytiharkan darurat adalah cubaan menggantung Perlembagaan Persekutuan dan mengelakkan pilihan raya.

ARTIKEL BERKAITAN: 15 soalan dan jawapan berkaitan darurat

PM menghadap Agong di Istana Abdul Aziz Indera Mahkota

Spekulasi darurat: Muhyiddin menghadap Agong