Polis siasat Twitter Raja Farah Sofea
Iklan
Twitter Raja Farah Sofea yang didakwa mengaibkan kematian anggota TLDM.
JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang menyiasat pemilik akaun Twitter, Raja Farah Sofea yang didakwa mengaibkan kematian anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kilometer 4, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi di sini kelmarin.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung tindakan pemilik akaun media sosial berkenaan.
Iklan
Iklan
"Polis telah menerima laporan berkenaan tindakan pemilik Twitter yang menggunakan nama Raja Farah Sofea di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ayob Khan mengulas tindakan pemilik akaun itu kerana didakwa membuat kenyataan mengaibkan berkaitan kemalangan itu.
Iklan
Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin, seorang anggota TLDM, Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala selepas keretanya dirempuh sebuah kereta lain.
Kemalangan itu melibatkan kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita, kereta Honda Accord dipandu Mohd Rizal dan sebuah kereta Proton Iswara yang dipandu seorang warga emas, Chang Ah May, 78.
Kereta dipandu wanita terbabit dikatakan hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok batu pembahagi jalan dan melanggar kereta mangsa serta Proton Iswara sebelum dua kereta tersebut terbalik.
Iklan
Video dan foto berkenaan kejadian tersebut turut tular di media sosial dan tersebar sejak semalam.
ARTIKEL BERKAITAN: Seorang maut nahas tiga kereta
Pemandu wanita positif dadah, reka cerita kemalangan maut
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="JAINJ tidak tolak kemungkinan kontraktor terlibat kes buang al-Quran, buku agama tepi jalan"><meta itemprop="description" content="Kontraktor yang dipertanggungjawabkan menguruskan pelupusan dipercayai terbabit dalam kes penemuan bungkusan plastik mengandungi kitab suci al-Quran dan buku agama di tepi jalan di Ulu Tiram pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kemungkinan itu turut diberi perhatian dalam siasatan berikutan jumlah bahan yang ditemukan agak banyak dan bukan sekadar melibatkan kuantiti kecil.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806237/edisi/johor/jainj-tidak-tolak-kemungkinan-kontraktor-terlibat-kes-buang-al-quran-buku-agama-tepi-jalan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #isupelupusanQuranbukuagamaditepijalan #jainj"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-26T12:00:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P105S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc03e6e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc03e6e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc03e6e"></script>