'Kalau boleh beri air kepada pusat data, kenapa tidak kepada rakyat?' - Maszlee
Iklan
Maszlee mencadangkan pelaksanaan semula skim air percuma kepada rakyat Johor.
ISKANDAR PUTERI – Pelaksanaan semula skim air percuma kepada rakyat wajar dipertimbangkan susulan kedudukan kewangan Johor yang disifatkan kukuh hasil peningkatan pendapatan dan kemasukan pelaburan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik berkata, cadangan Skim Air Percuma Sejagat Johor itu membabitkan pemberian 10 hingga 15 meter padu air pertama setiap bulan yang akan dikreditkan terus ke dalam bil setiap isi rumah.
Iklan
Iklan
Menurutnya, skim air percuma bukan perkara baharu kerana pernah dilaksanakan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Johor sebelum ini, selain masih diteruskan di Selangor.
“Hari ini duit banyak, kalau hendak ikutkan boleh pulangkan kembali kepada rakyat melalui air percuma. Kalau kita boleh beri air kepada pusat data, kenapa tidak boleh berikan air kepada rakyat?” katanya pada sidang DUN Johor di Kota Iskandar pada Khamis.
Iklan
Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan, turut membangkitkan isu gangguan bekalan air yang didakwa kerap berlaku di Taman Daya sejak dua bulan lalu.
Katanya, gangguan bekalan air sama ada secara berjadual atau tidak berjadual itu menjejaskan penduduk di kawasan berkenaan.
Iklan
Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya penduduk yang terjejas diberikan pampasan atau diskaun bil air sebagai ganti kepada kesulitan yang dihadapi mereka.
Untuk rekod, skim air percuma sebanyak 10 meter padu sebulan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) diperkenalkan kerajaan negeri Johor pimpinan PH pada 2018 dan mula dilaksanakan menerusi bil air pada September tahun sama.
Skim berkenaan menyasarkan isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 ke bawah dan memberi manfaat kepada kira-kira 229,307 pemegang akaun yang layak dengan implikasi kewangan dianggarkan RM22.02 juta setahun.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Air pasang besar dijangka cecah 3.6 meter, penduduk pesisir pantai waspada risiko banjir"><meta itemprop="description" content="Penduduk di beberapa kawasan pesisir pantai di Pontian mengambil langkah berjaga-jaga susulan fenomena air pasang besar yang dijangka menyebabkan paras air meningkat hingga 3.6 meter, sekali gus menambah risiko limpahan air.
Tinjauan di sekitar Pekan Kukup bagaimanapun mendapati aktiviti harian mereka berjalan seperti biasa meskipun fenomena air pasang besar melanda kawasan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806094/edisi/johor/air-pasang-besar-dijangka-cecah-3-6-meter-penduduk-pesisir-pantai-waspada-risiko-banjir
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Airpasangbesar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-25T08:21:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hE5hw1h1fgF1YtQtu/x1080"><meta itemprop="duration" content="P89S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbzpp8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbzpp8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbzpp8a"></script>