JAINJ tidak tolak kemungkinan kontraktor terlibat kes buang al-Quran, buku agama tepi jalan
Iklan
Mohd Fared ditemui pemberita selepas sidang DUN Johor pada Khamis.
ISKANDAR PUTERI - Kontraktor yang dipertanggungjawabkan menguruskan pelupusan dipercayai terbabit dalam kes penemuan bungkusan plastik mengandungi kitab suci al-Quran dan buku agama di tepi jalan di Ulu Tiram pada Selasa.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kemungkinan itu turut diberi perhatian dalam siasatan berikutan jumlah bahan yang ditemukan agak banyak dan bukan sekadar melibatkan kuantiti kecil.
Iklan
Iklan
Beliau kesal dengan kejadian berkenaan yang disifatkan sebagai perbuatan tidak menghormati, bahkan dengan sengaja mencemarkan kesucian agama Islam.
"Kita dapat laporan dakwaan kononnya ia dilakukan oleh kontraktor yang diamanahkan membuat pelupusan.
Iklan
"Jika dakwaan ini betul, saya nak beri amaran bahawa pelantikan kontraktor, jika terbukti bersalah kita akan tarik balik," katanya pada sidang media selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Khamis.
Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah berkata, insiden itu kini disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Iklan
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya menyerahkan bahan bercetak mengandungi ayat suci al-Quran kepada pejabat kadi daerah masing-masing untuk urusan pelupusan dan tidak menguruskannya sendiri.
"Kita tak dibenarkan membuat pelupusan sendiri kerana mungkin adabnya kurang baik. Paling baik serahkan kepada pihak berkuasa agama.
"Itu yang saya dapat nasihatkan kepada semua dan bagi orang ramai yang ada pelaporan yang sama, beritahu kepada kita melalui Facebook saya sendiri pun tak apa, media sosial kita ataupun kepada pejabat kadi daerah masing-masing," katanya lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Air pasang besar dijangka cecah 3.6 meter, penduduk pesisir pantai waspada risiko banjir"><meta itemprop="description" content="Penduduk di beberapa kawasan pesisir pantai di Pontian mengambil langkah berjaga-jaga susulan fenomena air pasang besar yang dijangka menyebabkan paras air meningkat hingga 3.6 meter, sekali gus menambah risiko limpahan air.
Tinjauan di sekitar Pekan Kukup bagaimanapun mendapati aktiviti harian mereka berjalan seperti biasa meskipun fenomena air pasang besar melanda kawasan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806094/edisi/johor/air-pasang-besar-dijangka-cecah-3-6-meter-penduduk-pesisir-pantai-waspada-risiko-banjir
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Airpasangbesar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-25T08:21:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hE5hw1h1fgF1YtQtu/x1080"><meta itemprop="duration" content="P89S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbzpp8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbzpp8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbzpp8a"></script>