Indeks jenayah Kuala Terengganu turun
Iklan
Suffian (empat, kiri) bersama pengamal media yang menerima penghargaan berserta pegawai dan anggota polis IPD Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU- Kejayaan polis Kuala Terengganu menumpaskan beberapa geng curi motosikal aktif di daerah ini, menyumbang kepada penurunan kadar jenayah indeks sepanjang tahun lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu telah berjaya menurunkan kadar jenayah indeks sebanyak 151 kes bagi tahun 2018, iaitu daripada 699 kes pada tahun 2017 kepada 548 kes pada tahun 2018.
Iklan
Iklan
Menurutnya, penurunan sebanyak 22 peratus itu sekali gus melepasi sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan, iaitu 5 peratus setahun.
"Kes curi motosikal turun sebanyak 95 kes, iaitu daripada 267 kes pada tahun 2017 kepada 172 kes pada tahun 2018, iaitu bersamaan 35.58 peratus.
Iklan
"Kumpulan-kumpulan lama telah kita tangkap semua, iaitu sebanyak 6 kumpulan dan dalam proses untuk membuat pendakwaan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA). Ini yang menyumbang kepada penurunan jenayah indeks Kuala Terengganu,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan IPD Kuala Terengganu di sini, hari ini.
Jelas Sufian, kadar penyelesaian sepanjang tahun lalu adalah sebanyak 75.92 peratus, juga melepasi KPI yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 45 peratus manakala kadar pertuduhan turut meningkat kepada 52.06 peratus berbanding tahun 2017, sebanyak 45.74 peratus.
Iklan
Selain itu katanya, polis telah berjaya menangkap seramai 3,003 pesalah dadah atas pelbagai kesalahan dadah sepanjang tahun lalu.
"Daripada jumlah itu, 33 tangkapan dibuat melibatkan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, 44 tangkapan kes 39A (2) dan 313 tangkapan di bawah kesalahan 39A (1).
"Kita juga berjaya menutup dan menghapuskan sebanyak 27 port dadah seperti di Jeti Perikanan Chendering, Seberang Takir, Bukit Tunggal dan Manir dengan cara bakar dan membuat pembersihan serta pantau secara berterusan,” katanya.
Manakala bagi kes jenayah komersial pula, sebanyak 311 kes yang dibuka dan 112 kes berjaya dituduh di mahkamah.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>