Langgar lari: Polis minta saksi tampil salur maklumat

Iklan
Polis minta saksi kejadian kemalangan maut di Jalan Batu 9, Jalan Kebun Bahru, Telok Panglima Garang, tampil salurkan maklumat.

KUALA LANGAT - Polis meminta saksi kemalangan maut langgar lari dalam kejadian membabitkan sebuah basikal dan sebuah kenderaan lain di Jalan Batu 9, Jalan Kebun Bahru, Telok Panglima Garang, di sini, Isnin lalu tampil bagi menyalurkan maklumat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Kamalarifin Aman Shah berkata, maklumat berkenaan insiden itu boleh salurkan kepada pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, Inspektor Keisha Nur Azalea Betty Saran di talian 011-62622972 atau 03-31872222.

Iklan
Iklan

"Saksi juga boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan untuk tujuan siasatan kes.

"Kita memerlukan maklumat daripada saksi kejadian untuk membantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, mangsa warga Bangladesh dikenali Md Akter berusia 44 tahun yang menunggang basikal maut selepas dipercayai dilangar lari sebuah kenderaan.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.