Tanah runtuh: Penghuni pangsapuri berdepan detik cemas
Iklan
Penghuni di sebuah pangsapuri tiga tingkat di Persiaran Syed Putra di sini, berdepan detik cemas apabila tebing tanah berhampiran kediaman mereka runtuh akibat hujan lebat, malam tadi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Sebelas penghuni di sebuah pangsapuri tiga tingkat di Persiaran Syed Putra di sini, berdepan detik cemas apabila tebing tanah berhampiran kediaman mereka runtuh akibat hujan lebat, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 10 malam dan seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.
Iklan
Iklan
"Sejurus menerima panggilan, bomba mengerahkan 17 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Seputeh untuk melihat kejadian tebing runtuh itu.
"Setibanya di lokasi kejadian, terdapat hakisan tanah tebing menyebabkan bahagian bawah bangunan pangsapuri itu yang mempunyai keseluruhan enam unit rumah terjejas akibat hakisan tanah,” katanya ketika dihubungi.
Iklan
Ekoran itu, beliau berkata kesemua 11 penghuni rumah terlibat dinasihatkan keluar atas faktor keselamatan selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat penilaian bahawa kediaman berkenaan tidak selamat diduduki buat sementara.
Jurucakap bomba itu berkata pemeriksaan di sekitar lokasi mendapati sebuah rumah kongsi dibina di atas tebing bukit itu yang didiami tujuh penghuni terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita dewasa warga asing.
Iklan
"Mereka (penghuni warga asing) juga diarahkan keluar dan kes ini diserahkan kepada DBKL untuk tindakan selanjutnya,” katanya dan menambah operasi itu tamat kira-kira 11.45 malam.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Zakat Selangor sasar kutipan zakat RM1 juta warga ATM menjelang 2028"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menyasarkan kutipan zakat melalui potongan gaji warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Selangor mencecah RM1 juta menjelang 2028.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sasaran itu disokong peningkatan 64.8 peratus jumlah pembayar zakat dalam kalangan warga ATM kepada 613 orang setakat Julai tahun ini, berbanding 372 orang pada tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795359/edisi/selangor-kl/zakat-selangor-sasar-kutipan-zakat-rm1-juta-warga-atm-menjelang-2028
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZakatSelangor #ATM #AndaHeroAsnafATM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T09:56:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P201S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5v0jq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5v0jq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5v0jq"></script>