SUKE henti kerja serta-merta
Iklan
Seorang wanita cedera apabila satu bongkah konkrit pembinaan Lebuhraya Shah Alam-Ulu Kelang (SUKE) jatuh menghempap kereta yang dinaikinya, petang tadi.
KUALA LUMPUR - Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd mengeluarkan arahan pemberhentian kerja di tapak projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE), berkuat kuasa serta-merta.
Prolintas dalam kenyataan malam ini memaklumkan pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berwajib dalam melakukan siasatan terhadap kejadian yang berlaku berhampiran Bandar Tasik Selatan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) itu.
Iklan
Iklan
"Pasukan Emergency Response Team (ERT) SUKE telah berada di tapak kejadian untuk mengawal trafik dan mengalihkan dinding parapet serta kereta yang terlibat.
"Segala kesulitan yang timbul daripada insiden ini amatlah dikesali dan SUKE akan memastikan segala aspek keselamatan sentiasa diutamakan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa demi keselamatan semua,” menurut kenyataan itu.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cedera bongkah konkrit hempap kereta
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh berhubung dengan saluran komunikasi SUKE di talian 1-300-88-9922, laman sesawang www.mysuke.com.my serta di Facebook Prolintas Highways atau Twitter @mySUKEofficial.
Iklan
Dalam kejadian petang tadi, seorang wanita nyaris maut dalam kejadian itu selepas kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan SUKE terjatuh menghempap kereta yang sedang dipandunya di MRR2 mengakibatkan kereta itu remuk dan wanita itu cedera pada tangan kirinya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>