Now Playing Ramai masih percaya bomoh!

KUALA NERUS - Kebanyakan masyarakat moden hari ini terus mengaitkan masalah kesihatan berpunca daripada perbuatan sihir atau diganggu makhluk halus berbanding mendapatkan rawatan di hospital.  Pengasas Persatuan Kebajikan dan Perubatan Rabbani, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, atas faktor kepercayaan karut itu juga menyebabkan mereka terus memilih khidmat bomoh atau rawatan tradisional untuk pemulihan.  Jelasnya lagi, tidak dinafikan unsur sihir masih lagi wujud dalam kalangan masyarakat ketika ini, namun tidak semua penyakit yang dialami itu mempunyai kaitan dengan makhluk halus.  Tambahnya, kepercayaan karut itu dapat dikikis sekiranya masyarakat berusaha untuk menambah ilmu berkait kesihatan dan bersikap lebih terbuka. Lapor MOJO Kuala Nerus, Nurul Huda  Husain

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf