Sila log masuk terlebih dahulu.

Kastam Sabah rampas minuman keras RM1.9 juta

25 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 25 APRIL 2024

Taktik penyeludup membuat pengisytiharan palsu pada dokumen gagal mengaburi mata pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah apabila sebanyak lima kontena berisi minuman keras bernilai RM1.9 juta termasuk cukai dirampas di Pelabuhan Sepanggar baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah JKDM Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, kejayaan rampasan itu hasil kerjasama daripada Unit Operasi Penguatkuasaan Kota Kinabalu dan Cawangan Import Eksport Pelabuhan Sepanggar.

Menurutnya, lima kontena tersebut berisi minuman keras disyaki cuba diseludup masuk dari Hong Kong dan Singapura ke negara ini tanpa sebarang duti dan cukai.

Jelas beliau, rampasan dibuat pada 16, 17 dan 18 April lalu selepas mendapat maklumat daripada risikan ibu pejabat terhadap lima kontena dengan anggaran RM473,000 manakala anggaran jumlah nilai duti dan cukai terlibat sebanyak RM1.9 juta.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com