Sila log masuk terlebih dahulu.

6 borang pencalonan dibeli, PRK DUN Kuala Kubu Baharu dijangka tiga penjuru

26 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 26 APRIL 2024

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang membuka tirainya esok dijangka menyaksikan saingan sekurang-kurangnya tiga penjuru dengan enam borang pencalonan sudah dibeli setakat ini.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor, Kamarul Azman Ahmad Sabri berkata, ini berdasarkan jumlah borang penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu yang dibeli beberapa parti politik dan individu persendirian sehingga jam 12.30 tengah hari semalam.

Beliau berkata, semua borang berkenaan dibeli BERSATU, Pakatan Harapan (PH) dan calon Bebas.

Sebanyak dua borang penamaan calon dibeli BERSATU, diikuti satu borang oleh PH dan tiga daripada calon Bebas.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #SPR #PRK #KualaKubuBaharu #prkkualakububaharu