Kelompok utama pelumba Le Tour De Langkawi (LTdL) memulakan saingan pada siri Jelajah LTdL peringkat pertama dari Kuala Lumpur ke Tampin sejauh 176.9 Kilometer. Sejumlah 131 pelumba mewakili 22 pasukan berstatus Jelajah Profesional Dunia, Profesional Benua, Benua dan Kebangsaan bakal memberikan saingan sengit pada edisi kali ini yang akan meliputi jarak keseluruhan perlumbaan 1,225.8 Kilometer. - Foto Bernama