Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kanan) melancarkan Proton Iriz edisi 2019 pada Majlis Perasmian Malaysia Autoshow 2019 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking (dua, kiri), Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari (kanan). - Foto Benama