KUALA LUMPUR, 17 Mac -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil (dua, kiri) menyerahkan sumbangan kepada artis Margaret Gan (dua, kanan) pada majlis "Raya Sama-Sama” meraikan seramai 50 penggiat seni tempatan dan 26 pengamal media di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) hari ini.
Turut serta Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa (kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin (tiga, kiri) dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) Datuk Ameer Ali Mydin (kanan).
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA