Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menyemak keadaan aliran trafik di laman web berkaitan supaya dapat merancang perjalanan yang lebih lancar. - FOTO: Bernama
Aliran trafik menuju ke Plaza Tol Sungai Besi menghala selatan dilaporkan terkawal ketika tinjauan fotoBernama sempena perayaan Aidilfitri di sini, hari ini.
Keadaan itu berikutan warga kota mengambil langkah awal memulakan perjalanan pulang ke kampung bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA