PASUKAN T-Team gagal melangkah ke pusingan suku akhir Piala FA setelah tewas 1-0 ke atas Terengganu aksi pusingan ketiga  di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Pada pertemuan itu menyaksikan kedua-dua pasukan turun dengan penuh bersemangat apabila  terus mengatur gerakan ke  kubu pertahanan  masing-masing.

Begitupun kem pelawat terlebih dahulu mencemaskan gawang tuan rumah menerusi percubaan luar kotak penalti kapten pasukan,  namun rembatan Issey Nakajima sedikit tersasar ke kanan pintu gol T-Team pada minit keenam.

Pelawat yang mempamerkan aski lebih berdisplin sekali lagi menguji gawang tuan rumah menerusi percubaan jarak jauh Mohd Faiz Mohd Nasir pada minit ke-19 tetapi rembatannya sekadar melepasi palang gol.

Tuan rumah yang sesekali melakukan asakan ke bentang pertahanan pelawat turut mencipta peluang dalam mencari jaringan bagaimanapun percubaan luar kotak penalti Dilshdd Sharofetdinov pada minit ke-24 mudah dibaca Muhamad Syazwan Yusoff.

Seminit selepas itu skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim kembali membalas serangan dan Muhamad Ferris Danial Mat Nasir hampir meledakan gol buat skuad Penyu, namun penjaga gawang T-Team terlebih dahulu bertindak cemerlang menafikan hajat kem Terengganu.

Berbaki seminit sebelum perlawanan babak pertama berakhir kem pelawat sekali lagi melakukan percubaan merbahaya menerusi rembatan deras Turaev Lutfulla tetapi Muhammad Izzuddin Hussin sekali lagi memastikan gawang gol T-Team tidak mudah dibolosi.

Bersambung babak kedua, masing-masing memperkemaskan rentak permainan dan kem pelawat hampir menamatkan penantian gol pada minit ke-48 apabila Federico Matias Falcone berjaya memanfaatkan sepakan penjuru yang dilakukan dengan kemas Mohd Faiz Mohd Nasir, namun tandukan penyerang kelahiran Argentina itu mudah didakap kemas penjaga gawang T-Team.

Seminit selepas itu kem tuan rumah turut berpeluang untuk berada di depan tetapi rembatan Farhod Tadjiev berjaya ditepis keluar Muhamad Syazwan Yusoff.

Pada minit ke-62 pasukan tuan rumah terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain apabila pemain sayap kanan, Muhammad Azalinullah Alias diarah keluar padang selepas mengutip kad kuning kedua apabila didakwa mengasari Mohd Firdaus Mohd Fauzi.

Kekurangan seorang pemain bagaimanapun tidak melemahkan kem tuan rumah dalam mencari gol apabila Mohd Kamal Azizi hampir meledakkan jaringan pada minit ke-65 namun rembatannya berjaya ditepis keluar penjaga gawang pelawat.

Tiga minit selepas itu giliran pemain pasukan pelawat pula diarah keluar padang selepas Mohd Firdaus Mohd Fauzi dilayangkan kad merah ekoran mengasari Mohamad Arif Fadzillah Abu Bakar dan perlawanan tertangguh hampir lima minit apabila berlaku pertikaian antara kedua-dua pasukan selepas insiden tersebut.

Selain pemain pelawat, pengadil perlawanan, Mohd Nafeez Abd Wahab  turut mengarahkan penolong pengurus pasukan  dan penolong ketua jurulatih T-Team keluar padang selepas di dakwa melakukan provokasi sehingga memasuki padang.

Kedua-dua pasukan terus buntut dalam mencari gol sehingga membawa perlawanan ke masa tambahan begitupun kealpaan benteng pertahanan tuan rumah seminit sebelum tamat perlawanan akhirnya mengundang padah apabila Terengganu berjaya menjaringkan gol kemenangan menerusi Turaev Lutfulla selepas memanfaatkan hantaran Muhammad Hafizal Mohamad pada minit ke-120.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • USAHA pasukan berstatus kelab T-Team untuk terus kekal bersaing dalam kancah Liga Super musim depan berdepan laluan getir setelah dikejutkan dengan kekalahan tipis, 1-0 ketika turun melayan kunjungan Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
  • PASUKAN berstatus kelab T-Team menempah laluan getir apabila berada di zon penyikiran setelah tewas kepada Pahang, 1-0 dalam aksi kedua terakhir saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
  • TERENGGANU FC II atau lebih dikenali pasukan T-Team terus bangkit dengan memburu kemenangan ketiga ke atas Kedah dalam aksi Liga Super di perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.
  • HASRAT pasukan berstatus kelab T-Team meraih kemenangan pertama tidak kesampaian apabila sekadar berkongsi satu masa selepas kedudukan terikat tanpa jaringan ketika bertemu Perak di Stadium Ipoh, malam tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.