KOTA BHARU - “Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.” Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI),, semalam.

Gadis itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan premis.
 
Operasi pembersihan yang diketuai Inspektor Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI, Mohamad Ali bersama empat pegawai itu bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 1 tengah hari.
 
Kompaun yang dikenakan termasuk kesalahan tidak tutup aurat dan berniaga di kali lima tanpa lesen dikenakan denda RM500 maksimum di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan buang puntung rokok di tempat awam di bawah Seksyen 10 (d) 1983 (Pindaan 1987).
 
Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat berkata, sepanjang tahun lalu, MPKB-BRI berjaya mengumpul RM70,000 daripada 460 kompaun yang dikeluarkan iaitu 330 kes merupakan kesalahan membuang sampah di merata tempat yang dilakukan premis perniagaan dan 130 merupakan kesalahan individu.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Rakyat Kelantan dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui pintu sempadan dan masuk ke Thailand melalui jalan yang sah sahaja.
  • KOTA BHARU - Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Empower ECER) Ketereh menerima dana Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) bernilai RM42,823, Anugerah Khas Inovasi Jaya dan Belia Jaya dalam usaha meningkatkan hasil produk.
  • KOTA BHARU - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan menerima peruntukan kira-kira RM20 juta dalam usaha meningkatkan sistem ramalan dan amaran banjir, sekaligus membolehkan rakyat lebih bersedia dengan musim tengkujuh.
  • KOTA BHARU - Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menyasarkan kira-kira 10,000 pengunjung sempena Karnival Toyyiba 2017 Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, bermula pada 26 Oktober hingga 28 Oktober ini.
  • KOTA BHARU - Hajat enam sekawan untuk mandi manda di Pantai Sabak, di Pengkalan Chepa di sini tidak kesampaian selepas seorang darinya lemas dalam kejadian di sini petang tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.