GEORGETOWN - Selepas melancarkan risalah, Barisan Nasional (BN) meneruskan serangannya apabila melancarkan pentas bergerak di bawah program ‘Semboyan Dibunyikan’.

Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, pentas bergerak itu dilancarkan susulan tindakan Kerajaan Negeri yang tidak membenarkan mereka menggunakan padang serta dewan komuniti di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, pentas bergerak adalah inisiatif BN untuk mendekati rakyat dengan lebih mesra serta menjelaskan keadaan sebenar apa yang sedang dilakukan Kerajaan Negeri.

“Kita akan menjelajah 40 kawasan di seluruh negeri. Siri jelajah ini akan meliputi beberapa tempat awam termasuk pasar malam, pasar tani dan tempat meletak kereta.

“Bagaimanapun, kita akan pastikan ia tidak mengganggu lalu lintas.Usaha ini dibuat kerana kita dihalang daripada menggunakan kawasan milik Kerajaan Negeri,” katanya pada majlis pelancaran itu malam kelmarin.

Menurutnya, pentas bergerak ini lebih cepat dan mudah. Ia hanya berhenti di tempat awam dan boleh terus berceramah.

“Jika dihalang oleh pihak berkuasa pun, kita hanya lipat dan simpan seterusnya boleh bergerak ke tempat lain,” katanya.

Beliau berkata, kaedah itu dilihat lebih menjimatkan kos kerana tidak perlu memasang pentas dan sistem audio.

Chang Yeow berkata, pentas bergerak itu adalah sebuah trak yang disewa dan diubahsuai dengan kelengkapan seperti sistem audio, pentas dan skrin untuk tayangan video dalam sesi jelajah nanti.

"Trak ini akan bergerak setiap malam ke tempat yang dijadualkan dan meneruskan program sehingga pilihan raya nanti,” katanya.

Setakat ini, BN sudah mempunyai senarai tempat yang akan dituju, kebanyakannya di kawasan luar bandar.

“Kita akan sedaya upaya mengumpul penceramah dari parti komponen setiap hari namun ia bergantung kepada jadual masing-masing,” katanya.

Menurutnya, buat masa sekarang, mereka hanya menyewa sebuah trak dan bercadang menambah kemudian bergantung kepada keperluan.

Terdahulu, dalam program yang sama, BN negeri melancarkan laman sesawangnya dalam usaha mendekati pengundi di peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Selain itu, mereka melancarkan risalah pertama yang dicetak dalam empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Cina, Tamil dan Inggeris. Sebanyak 14 topik atau isu akan dirungkaikan menerusi pengedaran risalah itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GEORGETOWN - Kerajaan BN tidak pernah mengabaikan tanggungjawab untuk memberikan pembangunan infrastruktur kepada Pulau Pinang walaupun pentadbiran negeri itu kini dipimpin oleh pembangkang, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
  • GEORGETOWN - Rakyat Pulau Pinang diseru untuk menyelamatkan negeri ini pada pilihan raya umum akan datang dengan memilih parti yang benar-benar layak memerintah, kata Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid.
  • GEORGETOWN - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang perlu mencari kaedah dan pendekatan baharu bagi memikat hati dan minda pengundi di negeri ini
  • GEORGETOWN - MCA akan menghantar pasukan yang mempunyai kepakaran 'siber' ke Sarawak bagi membantu menjawab tohmahan dan fitnah dilemparkan parti pembangkang terhadap kerajaan negeri menerusi media sosial.
  • GEORGETOWN - Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang menggerakkan anggotanya untuk mengumpul maklumat dan bukti berhubung kewujudan aktiviti perjudian, pelacuran dan pusat hiburan tidak berlesen di negeri ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.