ONTARIO - CANADA. Seorang wanita yang sebenarnya sedang menahan sakit menunggu saat untuk melahirkan anaknya tidak berhenti ketawa selepas memakai topeng Chewbacca.

Berdasarkan video yang viral di laman sosial dan laman Youtube, topeng tersebut mampu mengubah suara si pemakai menjadi suara watak Chewbacca dari francais filem Star Wars.

Akibatnya, jeritan sakit Katie Stricker Curtis, 32 tersebut bertukar seakan bunyi haiwan yang kelakar dan beliau, suaminya yang merakam video, doktor dan jururawat tidak berhenti gelak.

"Tak semestinya saya mahu melahirkan anak, saya tak boleh berkelakuan seperti anak kecil! Bwahahaha!" kata wanita tersebut menerusi akaun Facebooknya.

Beliau mengatakan beliau memakai topeng tersebut selama 3 jam dalam tempoh 21 jam proses melahirkan anaknya.

Katie selamat menyambut anak pertamanya, seorang bayi perempuan yang dinamakan Jayden Lee pada 3 Januari lepas.

 

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.