SINGAPURA - Halimah Yacob bukan hanya menjadi presiden wanita pertama negara itu, malah akan menjadi pemimpin pertama yang menetap di perumahan flat badan perumahan dan pembangunan (HDB) ketika penggal pemerintahannya.

Sejurus selepas diisytiharkan sebagai bakal presiden baharu, Halimah, 63, memberitahu, beliau tidak mempunyai rancangan untuk berpindah keluar dari kediaman keluarganya di Yishun.

"Saya akan terus tinggal di Yishun. Ia adalah tempat yang selesa dan saya telah menetap di flat tersebut untuk tempoh yang lama," katanya kepada para wartawan ketika diajukan soalan itu.

Ketika ditanya tentang pengaturan keselamatan di kawasan kediamannya, Halimah berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada jabatan keselamatan. - Straits Times

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.