DILAHIRKAN pada 23 Ogos 1954 di Singapura.

Anak bongsu daripada lima beradik.

Berusia lapan tahun ketika bapanya meninggal dunia.

Ketika berumur 10 tahun, Halimah membantu ibunya di gerai makan untuk mencari pendapatan bagi mereka sekeluarga.

Beliau pernah hidup susah dan bergelut untuk meneruskan hidup ketika zaman kanak-kanak.

Ketika menengah 2, Halimah pernah hampir dibuang dari Sekolah Cina Perempuan Singapura kerana sering tidak hadir ke sekolah.

Beliau kemudiannya memasuki Sekolah Perempuan Tanjong Katong sebelum melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Singapura dalam bidang undang-undang.

Halimah menyambung pengajian dan memperoleh ijazah sarjana pengajian undang-undang dari Universiti Nasional Singapura.

Pada 1978, karier beliau bermula dengan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan di mana Halimah berkhidmat dalam pelbagai jawatan selama tiga dekad sebelum dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung Pergerakan Buruh.

Pada 2001, beliau menceburi bidang politik selepas mendapat sokongan bekas Perdana Menteri, Goh Chok Tong dan dilantik sebagai anggota Parlimen Kawasan Pilihan Raya Parlimen Berkumpulan (GRC) Jurong.

Kira-kira 10 tahun kemudian, beliau diberikan portfolio Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan.

Pernah berkhidmat sebagai Speaker Parlimen dan anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee.

Halimah memperjuangkan hak wanita, hak warga emas dan isu kesihatan mental serta berkhidmat sebagai penaung persatuan seperti Club HEAL dan PPIS (Wanita Islam Singapura).

Berkahwin dengan Mohamed Abdullah Alhabshee, 63, dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki dan tiga perempuan berusia 26 hingga 35 tahun.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.