JAYAPURA - INDONESIA. Pesawat Susi Air, dilaporkan telah ditembak pada Jumaat lalu, lapor laman berita Antara.com.

Insiden tembakan itu dilaporkan berlaku ketika pesawat itu sedang melakukan penerbangan dari kawasan Lumo menuju ke Mulia.

Difahamkan tembakan itu telah mengenai bahagian roda pesawat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Papua, Irjen Pol Boy Rafli mengesahkan kejadian tembakan tersebut.

"Namun pesawat dapat mendarat dengan selamat di Mulia," katanya.

Tambah Boy Rafli lagi, dalam insiden tersebut tiada kecelakaan jiwa dilaporkan.

"Tidak ada korban dalam insiden tersebut," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JAYAPURA - INDONESIA. Kesemua 54 mayat mangsa insiden pesawat ATR 42-300 Trigana Air telah berjaya dikeluarkan dari lokasi insiden dan dihantar ke hospital, menurut pegawai rasmi.
  • JAYAPURA - INDONESIA . Kementerian Pengangkutan Indonesia, semalam mengesahkan kesemua 54 penumpang pesawat termasuk lima kru pesawat ATR 42-300 milik Trigana Air Service yang terhempas dalam hutan di timur wilayah Papua bersama sejumlah wang yang besar telah ditemui pasukan penyelamat.
  • JAYAPURA - INDONESIA. Pesawat pencari menemui bangkai pesawat ATR 42-300 milik Trigana Air Service dalam hutan di timur Papua dengan asap masih berkepul daripada pesawat berkenaan, pagi semalam.
  • JAYAPURA - INDONESIA. Gempa bumi kuat melanda wilayah Timur Papua awal pagi tadi menyebabkan beberapa bangunan dan rumah musnah dan rosak.