SEORANG penyokong pasukan Everton yang masuk campur pergaduhan melibatkan pasukan Everton dengan Lyon telah diharamkan dari menghadiri perlawanan melibatkan Everton untuk seumur hidup.

Menurut laporan Telegraph, kejadian tersebut juga sedang disiasat oleh polis kerana melibatkan kanak-kanak.

Dalam satu rakaman, suspek yang sedang mendukung kanak-kanak dilihat menghayunkan tumbukan demi tumbukan terhadap penjaga gol Lyon, Anthony Lopes yang ketika itu berasak dengan pemain dari kedua-dua pasukan.

"Kami mengesahkan satu siasatan sedang dijalankan berkenaan gangguan atas padang ketika perlawanan diantara Everton dan Lyon di Goodison Park," kata kenyataan polis Merseyside.

Seorang penyokong Everton yang membawa anak kecil (bulatan merah) menyertai pergaduhan melibatkan pasukan Everton dan Lyon.

Kenyataan polis diikuti oleh kenyataan pasukan Everton yang mengharamkan penyokong tersebut dari menghadiri perlawanan mereka pada masa hadapan.

"Kami telah mengenalpasti individu terlibat dan akan mengambil tindakan. Hukuman termasuklah dilarang menghadiri perlawanan pasukan dan laporan polis dari kelab," kata kenyataan tersebut.

Pergaduhan diantara Everton dan Lyon dikatakan bermula selepas pemain Everton, Ashley Williams menjatuhkan Lopes selepas mangsa menangkap bola.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.