ANHUI - CHINA. Seorang penumpang warga emas ditahan polis selepas mencampak duit syiling ke dalam enjin pesawat sebuah penerbangan, kelmarin.

Akibat perbuatan wanita berusia 76 tahun itu, penerbangan Lucky Air terpaksa ditunda sehari untuk pemeriksaan enjin.

Menurut laporan Shanghaiist, saksi ternampak suspek yang hanya dikenali sebagai Fang, membaling sesuatu ke arah enjin pesawat.

Siasatan oleh pegawai penerbangan menemui duit syiling yang dipercayai dilontar ke dalam enjin untuk 'elak kecelakaan'.

Kejadian tersebut berlaku di lapangan terbang di Anqing, Anhui melibatkan penerbangan ke Kunming.

Kes sama berlaku Jun lepas apabila seorang warga emas berusia 80 tahun mencampak beberapa duit syiling ke dalam enjin sebuah pesawat yang akan dinaikinya.

Susulan tindakan tersebut, penerbangan terpaksa ditunda selama lima jam dan warga emas itu ditahan polis.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.