MANILA - FILIPINA. Watak adiwira Cina bakal menyertai rangkaian Marvel Universe seperti Spider Man, Iron Man dan X-Men, selepas syarikat komik gergasi itu meluaskan teras utamanya ke Asia.

Ketua Editor Marvel, CB Cebulski berkata, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengembangkan lagi pangkalan peminat di Asia, francais milik Disney itu telah mengeluarkan permainan mudah alih di China, membuka Kedai Marvel di Korea Selatan dan mencari bakat seni di Filipina.

"Kami telah mencapai kemajuan besar terutamanya di Asia.

"Kami cuba  mengambil lebih ramai pencipta, penulis dan artis Asia untuk membawa budaya mereka ke komik Marvel," katanya ketika melawat universiti utama di Manila bagi misi mencari bakat baharu.

Menurutnya, komik gergasi tersebut turut merancang memperkenalkan dua adiwira Cina baharu, Sword Master dan Aero yang akan berpusat di Beijing.

"Watak baharu itu akan dimasukkan ke dalam gaya manga komik Jepun yang lebih popular di Asia," jelasnya. - AFP

Artikel berkaitan yang patut anda baca :