JOAN PINHEIRO - BRAZIL. Seorang ibu muda dibunuh dengan kejam apabila perutnya dibelah bagi mengeluarkan bayi berusia lapan bulan.

Bukan itu sahaja, mangsa Mara Cristiana da Silva, 23, turut diikat dengan kawat duri di sebatang pokok di hutan berhampiran Joao Pinheiro, tenggara Brazil, Rabu lalu.

Menurut polis, sebelum menemukan mayat Mara, seorang wanita Angelina Rodrigues, 40, telah datang ke hospital Sao Lucas memberitahu baharu melahirkan anak.

Namun doktor yang curigai tindakan perempuan kerana menolak untuk melakukan pemeriksaan kesihatan telah menghubungi polis.

Kata polis, dia mengaku membuatkan mangsa mabuk dan mengikatnya pada sebatang pokok dengan dawai berduri sebelum mula memotong rahimnya.

Suaminya Roberto Gomes da Silva juga ditangkap selepas mayat Mara ditemui meskipun menafikan dia berada di lokasi kejadian.

"Kami percaya Angelina tidak melakukan seorang diri kerana itu suaminya ditahan, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Dalam pada itu, difahamkan, ujian urin ke atas Angelina mengesahkan dia tidak hamil dan polis percaya jenayah itu dirancang. - TheSun