Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza

Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza. Foto Xinhua
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza. Foto Xinhua
A
A
A

KAHERAH - Majlis Liga Arab menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata dan menghentikan pencerobohannya di Semenanjung Gaza serta memberikan perlindungan kepada rakyat Palestin.

Gesaan ini dibuat semasa tamatnya sesi luar biasa Majlis Liga Arab di peringkat perwakilan tetap, diketuai Mauritania yang diadakan di ibu pejabatnya, di sini pada Rabu.

Sesi itu yang diminta oleh Negara Palestin dan disokong oleh semua negara anggota bagi menangani kesinambungan jenayah dan pencerobohan pendudukan Israel terhadap rakyat Palestin, lapor agensi berita Palestin (WAFA).

Majlis itu mengecam penggunaan kuasa veto oleh Amerika Syarikat (AS) untuk menghalang resolusi gencatan senjata, sambil menambah bahawa veto itu tidak konsisten dengan AS untuk menyokong penyelesaian dua negara, undang-undang antarabangsa dan resolusi legitimasi antarabangsa yang berkaitan, termasuk Resolusi Majlis Keselamatan 1515 tahun 2003.

Majlis itu menggesa AS dan Kesatuan Eropah berhenti mengeksport senjata dan peluru, termasuk membiayai pengeluaran dron yang digunakan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Majlis Liga Arab juga menggesa mekanisme keadilan antarabangsa untuk menjalankan siasatan bebas penemuan kubur besar di kompleks perubatan Al-Shifa dan Nasser di Semenanjung Gaza, yang menempatkan beratus-ratus mayat.

Ia juga menggesa untuk menyiasat tindakan Israel yang sengaja menyasarkan kumpulan tertentu seperti kakitangan perubatan dan antarabangsa, wartawan, profesor universiti, kanak-kanak dan wanita, menurut WAFA. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: