BANGKOK - THAILAND. Pegawai istana berkata, keadaan kesihatan Raja Bhumibol Adulyadej berada dalam keadaan tidak stabil dan menerima rawatan berterusan.

Raja Bhumibol tidak dilihat di khalayak sejak beberapa bulan dan telah menghabiskan sebahagian besar masa sepanjang tahun lepas di hospital.

Pemimpin paling dihormati di Thailand itu, menerima rawatan pelbagai penyakit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kenyataan istana yang dikeluarkan pada Ahad berkata, tekanan darah Raja Bhumibol jatuh kerana beliau sedang dalam persediaan untuk melakukan hemodialisis iaitu prosedur untuk merawat kegagalan buah pinggang.

Memetik BBC News, beliau mendapat bantuan alat ventilator dan ubat bagi mengembalikan tekanan darah ke paras normal.

Kesihatan Raja Bhumibol menjadi perhatian rakyat Thailand di mana pemimpin itu dilihat sebagai penyatuan di tengah-tengah perpecahan politik di negara itu.