• Asma Assad Asma disahkan mengandung, kelmarin.
1 /

BEIRUT - Ketika negara pimpinan Presiden Syria, Bashar Al Assad sedang dilanda krisis dan hampir tumbang, isterinya pula disahkan mengandung.

Agensi berita Soriya dan berapa media tempatan melaporkan, dari sumber keluarga rejim itu, Asma Assad, 37, disahkan hamil anak keempat mereka.

Menurut laporan itu, Assad dan keluarganya kini tinggal di atas kapal perang yang dikawal oleh tentera laut Rusia.

“Tiada laporan yang boleh mengesahkan berita kehamilan itu dan usaha mendapatkan pengesahan daripada bapanya, Dr Fawaz Akhras di Hospital Cromwell juga gagal.

Suatu ketika dahulu, Wikileaks pernah mendedahkan keborosan wanita kelahiran Britan itu apabila menghabiskan 270,000 pound (RM 1.3 juta) untuk membeli perabot dan kelengkapan rumahnya. - AP