NEW DELHI - INDIA. Sebuah analisis terbaru mendakwa India menduduki tempat tertinggi dengan angka kematian berpunca daripada aktiviti selfie.

Menurut laporan Washington Post, analisis tersebut dihasilkan oleh cendiakawan dari Universiti Carnegie Mellon dan Indraprastha Institute of Information di New Delhi.

Analisis bertajuk 'Me, Myself and My Killfie: Characterizing and Preventing Selfie Deaths' berkenaan mengatakan terdapat 126 kes kematian ketika mengambil selfie di seluruh dunia.

Daripada jumlah tersebut, 76 kes berlaku di India.

Pakistan menduduki tempat kedua dengan 9 kes kematian dan diikuti oleh Amerika Syarikat dengan 8 kes, Rusia (6 kes), China dan Filipina (4 kes) dan Sepanyol (3 kes).

Indonesia, Portugal, Peru dan Turkey pula mengumpul 2 kes diikuti oleh Romania, Australia, Mexico, Afrika Selatan, Itali, Serbia, Chile, Nepal dan Hong Kong melaporkan 1 kes.

Penyelidik juga melaporkan lelaki lebih cenderung mengambil selfie merbahaya berbanding wanita.

Majoriti mangsa pula berusia kurang dari 24 tahun.

Antara kematian selfie 'biasa' melibatkan jatuh bangunan dan jatuh gunung (29 kes) diikuti dengan dilanggar kereta api (11 kes).

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • UTTAR PRADESH - INDIA. Tindakan seorang pelajar yang berselfie pada roda buaian berputar berakhir dengan tragedi ngeri selepas rambutnya tersangkut pada alat itu sehingga menyebabkan kulit kepalanya terkoyak.
  • UTTAR PRADESH - INDIA. Dua murid lemas semasa cuba mengambil gambar selfie ketika mandi di sungai di sini.‎
  • NEW DELHI - INDIA . Cuaca sejuk melampau mengorbankan kira-kira 130 orang di bahagian utara dan timur India, kelmarin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.