NEW DELHI - Ibu kepada tiga kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di bahagian dasar sebuah telaga di barat India setelah mereka dirogol menuntut mereka yang bertanggungjawab ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung secara terbuka.

Mayat tiga perempuan berusia 6, 9 dan 11 tahun - dijumpai dalam telaga di daerah Bhandara, Maharashtra pada hari Sabtu, kata polis.

Menurut seorang inspektor polis tempatan, AR Tiwari, mereka dilaporkan hilang dua hari lebih awal.

Berita mengejutkan ini muncul sebelum bahang di mana seorang gadis India berusia 23 tahun yang dirogol lima lelaki telah terbunuh, pudar dalam ingatan.

Lima lelaki itu kini sedang dalam perbicaraan.

Laporan awal perubatan menunjukkan gadis-gadis ini lemas dan diserang secara seksual, kata Tiwari.

Ketua polis daerah, Arti Singh memberitahu CNN pada Khamis bahawa empat orang sedang disoal siasat membabitkan kes itu.

Bagaimanapun belum ada sebarang tangkapan.

Ujarnya, seorang pegawai polis tempatan yang ditugaskan di kawasan itu telah digantung tugas dan digantikan dengan Tiwari.

Dalam satu temu bual dengan CNN, ibu mangsa mendakwa polis tidak bertindak balas dengan pantas ekoran kehilangan anaknya.

"Kalaulah polis  mencari di kawasan kejiranan, gadis-gadis itu telah dijumpai," kata wanita, yang identitinya disembunyikan, selaras dengan undang-undang India melindungi mangsa dan keluarga dalam kes-kes serangan seksual.

Bagaimanapun polis menafikan dakwaan beliau.

"Kami bertindak segera," kata Tiwari.

"Mesej dalam talian 'wireless messages' telah dikeluarkan pada hari yang sama dan pasukan polis  keluar untuk mencari gadis-gadis terbabit," katanya.

Ibu mangsa tetap menggesa pihak polis menangkap mereka yang bertanggungjawab dalam kes anaknya.

"Saya merayu kepada kerajaan untuk menangkap pesalah dan menggantung mereka di khalayak ramai," katanya.