CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Beberapa rangkaian restoran makanan segera membuat keputusan untuk menggantikan juruwang mereka dengan mesin kerana tidak mampu mengikut kehendak gaji minimum pekerja yang semakin meningkat.

Salah satu rangkaian makanan, Jack In The Box mengatakan menggantikan pekerja manusia dengan mesin adalah 'sesuatu yang masuk akal'.

"Ketika kos sumber manusia semakin meningkat, menggantikan manusia dengan mesin adalah sesuatu yang masuk akal," kata CEO Jack In The Box, Leonard Comma semalam.

Jack In The Box sebelum ini telah menguji teknologi kiosk layan diri dan mendapati ia lebih efisen daripada pekerja manusia.

Selanjutnya, pihaknya mendapati kos pengurusan kiosk-kiosk berkenaan yang tinggi dan tidak berbaloi menyebabkan rangkaian berkenaan terus menggaji juruwang manusia.

Namun, disebabkan gaji minimum pekerja yang semakin naik disebabkan kerajaan, Jack in the Box kini sedang mempertimbangkan semula pilihannya.

Bermula tahun ini, kerajaan Amerika Syarikat menaikkan gaji minimum di 18 negeri termasuk California.

Antara rangkaian lain yang mempertimbangkan pilihan sama adalah Wendy’s, Eatsa, dan CaliBurger.

"Kerajaan menaikkan kos sumber manusia (gaji minimum) dan ia menyebabkan peluang pekerjaan pekerja manusia menurun," kata bekas CEO Carl's Jr, Andy Puzder memetik laporan Business Insider.