BILANGAN minoriti etnik Muslim Rohingya yang berasal dari Myanmar dianggar sejuta orang sehingga September tahun lalu.

Kebanyakan kumpulan etnik ini tinggal di kem pelarian di barat laut Myanmar.

Mereka tiada hak kerakyatan selepas Myanmar menafikan kewarganegaraan mereka.

Etnik Rohingya digelar pendatang dan berlaku diskriminasi secara meluas.

Mereka digunakan sebagai buruh paksa.

Malah, mereka juga tiada kebebasan dalam bidang pendidikan dan perkhidmatan awam.

Lebih menyedihkan, mereka dilabel sebagai salah satu minoriti paling teraniaya di dunia.

Sejak tahun 2011 dan berakhirnya pemerintahan tentera Junta, ketegangan terus berlaku antara masyarakat Buddha dan Islam.

Pada tahun 2012, ketegangan berterusan mengakibatkan lebih 200 maut, kebanyakannya Muslim.

Pada Oktober 2016, tentera melancarkan serangan di Rakhine.

Pelarian Rohingya di Kem Kutupalong mengadakan bantahan pada 25 Ogos lalu, sempena peristiwa kekejaman tentera Myanmar yang memaksa ratusan ribu melarikan diri ke Bangladesh.

Serangan dibuat selepas anggota polis didakwa diserang oleh Tentera Pembebasan Rohingya Arakan (Arsa).

Malah mereka diisytiharkan sebagai pengganas oleh kerajaan Myanmar.

Sehingga kini, saki baki etnik ini terus melarikan diri daripada keganasan.

Ribuan mendapatkan perlindungan di Malaysia, Indonesia dan Bangladesh.