WEST MIDLANDS - BRITAIN. Seorang lelaki menikam anak perempuannya sehingga mati satu jam selepas memuat naik foto mangsa di laman Facebook.

Dailymail mengatakan Bill Billingham, 54 ditahan selepas polis menemui mayat Mylee, 8 dengan beberapa kesan tikaman Sabtu lalu.

Billingham kemudian dihantar ke hospital kerana mengalami luka tikaman di bahagian perut yang dipercayai dilakukan dirinya sendiri.

Sebelum kejadian, Billingham memuat naik foto mangsa sedang makan piza di atas katil.

Kejadian disedari ibu Mylee, Tracey yang berlari keluar dari kediaman mereka dan meminta bantuan jiran.

Kata saksi, pasangan tersebut telah bercerai tetapi masih hidup sebumbung untuk menjaga kelima-lima anak mereka.

Orang ramai juga terkejut kerana suspek disifatkan seorang yang periang, malah abang suspek merupakan bekas anggota elit tentera Britain, SAS.

Punca kejadian masih disiasat polis.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :