QUITO - ECUADOR. Dua puluh dua terbunuh dan 18 lagi cedera apabila sebuah bas bertembung dengan kenderaan lain di luar ibu kota Ecuador, hari ini, kata perkhidmatan kecemasan.

Menurut pejabat ECU911, kemalangan berlaku di lokasi terletak kira-kira 30 kilometer ke timur Quito.

Rakyat Venezuela dan Colombia ialah antara yang maut dan kedutaan mangsa warga asing sudah dimaklumkan.

Kemalangan jalan raya adalah antara penyebab utama kematian di Ecuador. - AFP