ALOR SETAR - Wakil rakyat di setiap daerah di negeri ini disarankan untuk mewujudkan satu 'group' Whatsapp Aduan Rakyat bagi memudahkan penyaluran maklumat dalam usaha untuk menyelesaikan masalah rakyat dalam tempoh yang singkat.

Exco Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Kedah,Datuk Mohd Tajuddin Abdullah berkata, kumpulan WhatsApp ini bertindak sebagai saluran komunikasi dalam menyalurkan masalah kepada pihak tertentu.

"Dalam kumpulan ini, wakil agensi seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) ada, jadi bila rakyat nyatakan masalah yang mereka hadapi, agensi yang terlibat akan terus mengambil perhatian.

"Setakat ini, daerah Sik sahaja yang ada kumpulan Whatsapp ini yang sudah beroperasi selama setahun .

“Saya lihat ia sangat efektif apabila masalah yang disuarakan rakyat dapat diselesaikan dalam masa yang sangat singkat dan ada yang kurang daripada tempoh 24 jam," kata beliau yang juga Adun Belantik kepada pemberita di sini, hari ini. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PARIT BUNTAR - Seorang penganggur sempat mengirim mesej mahu membunuh diri kepada rakan-rakannya menerusi aplikasi WhatsApp kira-kira jam 8 malam, kelmarin.
  • KUALA TERENGGANU - Mesej kematian Adun Teluk Pasu, Ridzuan Hashim yang tersebar dalam laman sosial semalam disahkan palsu.
  • KAJANG - Satu klip video yang memaparkan aksi peniaga meludah dalam bungkusan air minuman dijual hangat semula diperkatakan.
  • KUALA TERENGGANU - Siapa sangka dunia teknologi yang ada hari ini mampu menjadi alat pengantara hubungan silaturahim sesama manusia walaupun di mana sahaja mereka berada.