BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas menerima bantuan dalam satu majlis yang diadakan di perkarangan Tabika Kemas Permatang Rawa di sini petang tadi.

Ismail Ahmad, 71 dari Kampung Paya dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan  di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini.

Difahamkan, Ismail menghadiri majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir yang disampaikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dia dikatakan terjatuh dari motosikalnya ketika  ingin mengangkat tilam bantuan yang diterimanya.

Akibat kejadian itu, Ismail dilaporkan pengsan kemudiannya  diberikan rawatan kecemasan oleh seorang jururawat yang kebetulan melalui kawasan itu sebelum dihantar ke Hospital Bukit Mertajam  untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, warga emas berkenaan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.15 petang.

Jenazahnya Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Tengah di Berapit pada jam 10 pagi esok.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.