SUNGAI TONG - Pasar tani Fama seluruh negeri mencapai hasil jualan RM12.5 juta sejak Januari hingga Mac tahun ini.

Pencapaian itu melibatkan sebanyak 30 pasar tani di negeri ini antaranya Pasar Tani Padang Hiliran, Kerteh dan Chukai.

Penyelaras Pasar Tani negeri, Halmi Hamzah berkata, Pasar Tani Padang Hiliran adalah pasar tani paling tinggi hasil jualannya berbanding lokasi lain.

“Ia mungkin faktor pembukaan dua kali seminggu, keadaan sekitar dan dah lama beroperasi sekitar 1986 lagi.

“Kawasan pasar tani lain juga berpotensi memperoleh hasil jualan yang tinggi dengan adanya pelbagai perancangan yang akan kita atur,” katanya ketika melakukan tinjauan di Pasar Tani Sri Langkap yang baru dibuka pada Jumaat lepas.

Halmi berharap hasil jualan pada tahun ini meningkat berbanding tahun lepas iaitu RM56 juta dengan 1,200 usahawan.

Katanya, pada tahun ini setakat Mac, seramai 1,400 usahawan menyertai pasar tani di seluruh negeri.

"Diharap dengan pertambahan usahawan itu, sedikit sebanyak dapat bantu meningkatkan hasil jualan tahun ini," katanya.

Tambah Halmi, pihaknya juga berusaha menarik pengunjung membeli di pasar tani dengan menggunakan transformasi peruncitan baharu.

“Kita akan masukkan karavan, car boot sale dan sebagainya dalam usaha menarik lebih ramai pengguna ke tapak pasar tani,” katanya.

Halmi berkata, sebanyak lima pasar tani baharu dibuka tahun ini iaitu Pasar Tani Nyior 7 (Besut), Pantai Penunjuk (Kemaman), Gong Badak 4 (Kuala Nerus), Pasar Tani Ternak (Manir), Pasar Tani Pelancongan (Batu Burok) dan Sri Langkap yang baru dibuka Jumaat lalu.

Katanya, terdapat sebuah lagi pasar tani akan dibuka Mei ini iaitu di Sri Bandi, Kemaman.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SIBU - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya merempuh kenderaan pacuan empat roda di Jalan Salim-Stabau dekat sini hari ini.
  • TANGKAK - Teka-teki kehilangan suaminya yang tidak pulang makan tengahari di rumah dan menjemput anak dari sekolah seperti kebiasaan terjawab apabila lelaki itu ditemui mati dalam sebuah bangsal di kebun kelapa sawit, di Sagil, di sini.