KAMPUNG BUKIT TADOK - Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) bakal menyediakan kemudahan tangki septik dan mesin penapis air untuk kegunaan penduduk di sini, yang merupakan kampung angkat PBSM di Terengganu selain Kampung Padang, Setiu.

Naib Pengerusi Kebangsaan PBSM, Datuk Wira Dr Bahari Abu Mansor berkata kemudahan tangki septik itu akan disediakan untuk 72 rumah penduduk dengan nilai keseluruhannya kira-kira RM180,000, manakala mesin penapis air berharga RM15,000.

“Dua kemudahan ini akan disediakan kepada kampung angkat PBSM iaitu Kampung Bukit Tadok, dalam tempoh terdekat. Tangki septik ini lebih moden sekaligus menjadikan sistem kumbahan di kampung ini lebih efisien berbanding tangki digunapakai mereka sekarang.

“Selain tangki septik, seunit mesin penapis air akan diletakkan di pusat pemindahan di kampung ini untuk kegunaan mangsa bagi pastikan mereka sentiasa mendapat bekalan air bersih untuk kegunaan memandangkan bekalan air adakalanya terputus jika banjir.

“Kemudahan disediakan PBSM ini demi memastikan kesihatan penduduk kerana bencana banjir bukan sahaja menyebabkan penduduk perlu berpindah tetapi turut berisiko dan terdedah dengan pelbagai jenis penyakit serta masalah-masalah lain.

“Ia sebahagian daripada sumbangan PBSM untuk pasca banjir di kampung ini yang merupakan kampung angkat kami bagi Terengganu. Kita turut mempunyai satu lagi kampung angkat iaitu di Kampung Padang, Setiu dan turut terjejas banjir baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian di sini, kelmarin selepas menyampaikan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir dan barangan keperluan asas penjagaan peribadi yang disampaikan adalah sumbangan PBSM Korea serta Singapura yang telah dikumpulkan sebelum ini.

Tambahnya lagi, keputusan menjadikan Kampung Bukit Tadok sebagai kampung angkat PBSM telah dibuat selepas banjir besar melanda tahun 2014 lalu dan berikutan itu jugalah pihaknya turun padang melihat keadaan penduduk ekoran banjir melanda minggu lepas.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MELAKA - "Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan pemantauan 24 jam di semua lokasi berisiko banjir berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang," kata Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.
  • SUNGAI PETANI - Seramai 29 mangsa di tujuh kampung di sekitar Kuala Muda terjejas akibat banjir kilat yang melanda susulan fenomena air pasang, di sini.
  • PONTIAN - Keadaan kawasan pesisir pantai di daerah ini masih terkawal meskipun berlaku limpahan air laut disebabkan fenomena air pasang besar berserta ribut di Pusat Perdagangan Pontian atau Tambak, malam tadi.
  • GEORGETOWN - Sebanyak 34 keluarga melibatkan 108 orang di Teluk Kumbar, Balik Pulau dipindahkan ke pusat pemindahan apabila rumah mereka dinaiki air selepas hujan berterusan sejak awal pagi tadi.
  • KANGAR - Hujan lebat yang turun di negeri ini sejak awal pagi menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air, bagaimanapun sehingga tengah hari belum ada sebarang pemindahan mangsa banjir.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.