GONG BADAK - Kerajaan negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) akan melaksanakan program khas untuk bantu murid yang kurang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pendekatan itu dibuat bagi memastikan semua pelajar diberi tumpuan sama rata dan tidak hanya mengutamakan pelajar yang cemerlang dalam akademik semata-mata.

Menurutnya, langkah drastik itu diambil susulan arahan Kementerian Pendidikan yang meminta semua negeri tidak mengadakan majlis bagi meraikan murid yang cemerlang terutamanya dalam UPSR.

“Kita hormati dan akur dengan keputusan yang dibuat Kementerian Pendidikan dan kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk patuhi arahan berkenaan.

“Hasrat kementerian itu adalah untuk memberikan perhatian kepada pelajar yang kurang cemerlang, tetapi kita kadang-kadang hanya beri tumpuan kepada murid yang cemerlang sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan perasmian Program Transformasi Siswazah Terengganu (TGTP) di Hotel Tabung Haji dan Pusat Konvensyen Terengganu, di sini, semalam.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri telah mengambil keputusan untuk mengadakan program khusus untuk murid yang kurang cemerlang supaya mereka tidak tersisih sebaliknya turut diberi tumpuan sama rata  

“Usaha ini dibuat agar apabila mereka memasuki sekolah menengah, mereka berjaya tingkat pencapaian akademik yang lebih baik dan akhirnya menjadi cemerlang.

"Sememangnya telah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk memastikan semua murid dan pelajar sekolah di negeri ini cemerlang dalam pencapaian akademik masing-masing," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SABAK BERNAM - Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar yang memperoleh semua A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mendedahkan amalan harian menunaikan solat sunat dan membaca al-Quran merupakan antara kunci kejayaannya.
  • KOTA BHARU - “Yang utama prinsip hidup saya, tidak tinggal solat, menggunakan seluruh masa untuk belajar dan membaca al-Quran bagi memastikan keputusan PT3 cemerlang.
  • KUALA TERENGGANU - Tiga lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pemerasan membabitkan dua mangsa yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini pada 2 November lalu.
  • ISKANDAR PUTERI - Percubaan kesepuluh rakan baik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini berbaloi apabila mereka berjaya membawa pulang tunai RM30,000 selepas menjuarai Pertandingan Treasure Hunt sempena Iskarnival Aktif 2017, Kompleks Sukan Educity, di sini, semalam.
  • ISKANDAR PUTERI - “Saya baru sahaja bermula berniaga secara kecil-kecilan berdekatan rumah untuk membantu suami selain mencari wang belanja untuk menyediakan peralatan sekolah anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan baharu tidak lama lagi,” cerita Roslinda Yeem, 39.