KLANG – Seorang wanita maut selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuh Sungai Kapar Indah menghala ke Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Sungai Kapar Indah, di sini, hari ini.

Ketika kejadian kira-kira jam 1.05 petang itu, mangsa, V. Margeret, 39, yang meninggal dunia akibat kecederaan parah, dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah.

Difahamkan anaknya yang berusia 13 tahun mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintendan Muhammad Irwani Nooruldin berkata, motosikal dipandu mangsa dikatakanbergesel dengan sebuah kereta jenis Honda Citysebelum terbabas dan melanggar sebuah lori yang berada di bahu jalan.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian kerana parah di kaki dan kepala. Manakala anak mangsa yang dilaporakan parah segera dikejarkan ke HTAR untuk menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menyalurkannya terus ke IPD Klang Utara di talian 03-32912222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR GAJAH - Seorang pelajar perempuan di sebuah kolej maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di jalan Rantau Panjang di sini, semalam.
  • PUCHONG - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang mencatat penurunan kadar kemalangan maut sebanyak 67 peratus pada Op Selamat 10/2017 berbanding tempoh sama pada Op Selamat 8/2016.
  • KUANTAN - Sehingga pukul 9.30 malam ini, mayat seorang pemandu lori masih tidak dapat dikeluarkan dari bawah kepala lori dipandunya yang terbabas dan terbalik sebelum termasuk ke dalam belukar di Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Kampung Sungai Ular di sini, kira-kira pukul 1.40 tengah hari tadi.
  • SEREMBAN - “Arwah dah mula edarkan kad jemputan perkahwinannya sejak dua hari lepas, tapi apakan daya dia meninggal dunia sebulan sebelum majlis perkahwinannya berlangsung,” luah Abd Suhaimi Abd Malik,57, bapa saudara kepada Abdul Saiyuti Arif Abdul Aziz,37, yang maut dalam kemalangan di Jalan Bukit Putus-Kuala Pilah di sini, kelmarin.
  • KOTA KINABALU - Seorang remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tuaran Bypass, dekat sini semalam.