KOTA KINABALU - Operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sabah akan ditutup selama tiga hari bermula 9 September  ini sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan sambutan Awal Muharram.

Pengurusan UTC dalam kenyataannya hari ini berkata UTC akan kembali beroperasi pada Rabu, 12 September,  bermula 8 pagi hingga 9 malam.- Bernama