PANTAI REMIS - Sebuah kereta jenis Myvi telah terbabas sebelum terbakar dalam kejadian yang berlaku di Jalan Beruas, Kampung Batu Hampar, petang tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada jam 2.04 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

"Semasa tiba di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah kenderaan iaitu sebuah kereta Myvi  yang terbabas di bahu jalan.

"Pasukan bomba yang tiba segera melakukan operasi pemadaman menggunakan air dari tangki jentera hingga operasi selesai.

"Kereta berkenaan musnah hampir 90 peratus dan operasi tamat pada jam 2.50 petang," katanya.

Difahamkan tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian itu.